Saturday, February 15, 2020

Persediaan Interview SPA 2019-2020

Apa yang perlu ada untuk interview SPA?

Ok ni based on pengalaman pergi interview PTPO gred N19 2019.

Mula2 sekali lepas dapat email yang menyatakan kene pergi interview tu. Cepat2 buat persediaan. Walaupon tarikh interview lambat lagi. 

Apa yang kene sedia?? 

  • Print out email panggilan interview
  • Print out jugak resume yang paling latest/update
  • Fotostat ic, surat beranak dan sijil2. *jangan lupa cop pengesahan*
  • Pakaian yang sesuai dan kasut hitam bertutup

CARA -CARA SUSUN FAIL

*original
  1. surat beranak dan ic (dimuka surat yang sama)
  2. sijil SPM
  3. sijil diploma (kalau ada)
  4. transkrip diploma (kalau ada)
  5. sijil-sijil (dekan ke, ko-ku ke, volunteer ke)
  6. MQA (untuk diploma)


SUSUNAN RESUME DAN SALINAN SEGALA SIJIL

  1. Resume bergambar berwarna (nak lagi cun ,tampal gambar passpord)
  2. salinan IC
  3. salinan surat beranak
  4. salinan SPM
  5. salinan diploma (kalau ada)
  6. email panggilan interview (print out)

PAKAIAN

LELAKI : kemeja lengan panjang. *jangan pakai warna terang
berkasut hitam (yang macam org kerja pejabat tu la), 
tali leher ikot suka, tapi lagi kemas kalau pakai
seluar slek warna hitam

*boleh rujuk website SPA

PEREMPUAN : baju kurung yang simple dan warna lembut
berkasut hitam bertutup
tudung simple,jangan yang meriah sgt.
make up ler sikit kasi tak nampak pucat hahahha

*boleh rujuk website SPA



ni berdasarkan pengalaman interview PTPO N19 kat TERENGGANU 2019

*lain negeri maybe SPA perlukan result PMR
*tak perlu buat boarder atau tajuk untuk setiap bahagian sijil macam dalam FB,nanti yang urusetia suh buang. buang masa je kat situ nanti
*datang awal , xkisah waktu interview korang pukul  bape,datang je awal. masa aritu, kul 7 pagi dah ramai giler calon2 datang.


RESUME buat simple je, 



Tuesday, February 11, 2020

persediaan peperiksaan online SPA

untuk online exam 

👉 untuk gred 19 dan 29. exam dia sama je ada dua bahagian.

1)matematik 
  •   ada 20 soalan dan kene jawab dalam masa 25 minit sahaja. ye 25 MINIT SAHAJA!!!
  • soalan dia level spm je. tapi itulah . tricky sikit. soalan ye bagi panjang.so pandai2 lah baca cepat. 
  • soalan banyak tanya mengenai probability (lupa dalam bahasa melayu apa), pastu biasa ah kira jarak dan masa.

2)bahasa inggeris

  • sama jugak.level PMR/SPM
  • ada 20 soalan jugak dalam masa 20 minit je. (sempat google meaning kalau x tahu)
  • dia bagi petikan,pastu soalan berpandukan petikan tersebut.
  • dia tnye perkataan yang sama maksud atau sebalik nya
  • ada jugak tanye idiom

ok tuk bahagian 2 (bahasa inggeris) ,yang bahagian meaning atau opposite word/similarity word boleh google 😃.

ps; gambar soalan x sempat nak snap sebab masa ciput je . especially bahgian math. memang x sempat oiii klu jwb sesorg . melain kan anda seorang yang terer math 😎


welcome !

HOLA !!!

welcome to my ........